YA ALLAH SAYU : SELAMAT TINGGAL PAPA, BABY FARHANA DAN BABY FARHAN .. KINI TINGGAL MAMA DAN BABY FARHIMI (5GAMBAR)

Tampin : Kembar tiga kini hanya tinggal seorang, dua kembar dan papa nya maut kemalangan bersama nenek mereka, manakala seorang lagi kembar dan ibu nya cedera parah.
"Pagi semalam kami semua gembira untuk bertolak ke Muar bagi meraikan majlis perkahwinan saudara kami yang berlangsung hari ini.
"Namun, semuanya berubah sekelip mata dan kami reda dengan ketentuan Ilahi," kata Junaidah Jusoh, 41, ahli keluarga tujuh sekeluarga yang terbabit kemalangan di Kilometer 3.8 Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Rumah Rakyat Repah Baru, di sini, semalam.
Kemalangan kira-kira jam 3 petang semalam mengorbankan ibunya Nazipah Chik, 60, adik lelaki, Mohd Fadzil, 37 dan dua anak kembar Mohd Fadzil, Nur Farhana serta Muhammad Farhan berusia setahun.



Manakala seorang lagi kembar Muhammad Farhimi dan isteri Mohd Fadzil, Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33; serta adik perempuannya Nursyuhaidah, 23, cedera parah.
Junaidah berkata, ibu dan Nursyuhaidah menaiki kereta Proton Saga bersama keluarga Mohd Fadzil dan mereka berkonvoi dari rumah ibu di Binjai, Kemaman, Terengganu, untuk ke Muar, Johor, kira-kira jam 10 pagi.
"Saya sekeluarga tiba terlebih dahulu di Muar. Saya menerima panggilan daripada Nursyuhaidah memberitahu mereka terbabit kemalangan.
"Saya segera berpatah balik ke lokasi kejadian tetapi semua mangsa sudah dibawa ke Hospital Tampin. Saya ke hospital dan dimaklumkan empat daripadanya maut," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tampin di sini, hari ini.
Menurutnya, Wan Suhana dan Nursyuhaidah yang mengalami kecederaan patah di beberapa bahagian badan dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut, manakala Muhammad Farhimi sudah dibenarkan keluar wad.
Katanya, semua jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Batu 4 Dalam Binjai, Kemaman, untuk dikebumikan.
Dalam kejadian petang semalam, Proton Saga dipandu Mohd Fadzil dipercayai hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Persona.
Pemandu Proton Persona, Abdullah Lebai Abas, 62, cedera parah di kepala dan badan masih menerima rawatan di hospital.

Sumber : ceritagempakkomuniti
Share on Google Plus

About Teddy Bob

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment