SAYU YA ALLAH : SAYANG LAGI 1BULAN MAJLIS KAHWIN KITA .. TAPI AWAK TERLEBIH DAHULU PERGI DIJEMPUT ILAHI (8GAMBAR)

MUAR: Sebak nya keluhan tunang arwah Nor Saidatu yang maut dalam kemalangan Bas awal pagi tadi di Pagoh.

"Saya dan tunang bakal melangsungkan perkahwinan pada 29 Januari depan...semua persiapan sudah siap," kata tunang kepada Nor Saidatul Akmal Idris, 21, yang maut dalam kemalangan bas ekspres di Pagoh, awal pagi tadi. 

Mohd Hanizan Othman, 30, berkata dia mendapat panggilan daripada abang Nor Saidatul pada jam 11 pagi memaklumkan tunangnya terbabit dalam kemalangan itu dan ke Rumah Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HSPF) di sini.






"Saya berasa tidak sedap hati kerana sejak jam 7 malam semalam mesej dan panggilan saya tidak berjawab sehinggakan ibu kepada Nor Saidatul turut menghubungi saya bertanyakan khabar anaknya.

"Kali terakhir saya menghubungi dia petang semalam dan dia dalam perjalanan bersama rakannya ke Negeri Sembilan bagi menghadiri jemputan majlis perkahwinan seorang lagi kawannya yang berlangsung esok," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. 

Mohd Hanizan berkata, pada 15 Disember lalu beliau mendapat kejutan daripada Nor Saidatul yang menghadiahkan bunga dan coklat pada hari jadinya. "Saya tak pernah dikejutkan atau mendapat hadiah daripadanya, tetapi minggu lepas agak pelik dan dia memberi saya kejutan sempena hari jadi," katanya

Sumber : ceritagempakkomuniti
Share on Google Plus

About Teddy Bob

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment